Fans on the page |
sahabat..
Wednesday 14 November 2012 | 22:11 | 0 star
kepada sahabatku, Nasuha..
Dunia kita tidak lagi sama...
Kau telah berada di tempat yang jauh dan penuh cahaya suci...
Dan aku terkujur dalam sepi dan menanti untuk bertemu dirimu
Namun ntah bila kita dapat bertemu kembali
Dan bersama lagi seperti sedia kala
tahukah kau sahabat?
aku amat merinduimu..
hanya kenangan menjadi pengubat rindu
hanya ketawa tangis mu terngiang2 di telingaku
betapa aku amat sayangkanmu sahabat..
Aku sangat merindukan dirimu
Senyummu dan gurau tawa mu
Yang selalu menghiasi hari-hariku dengan ceria...
Namun...
Tuhan berkehendak lain
Kita berpisah untuk selama-lamanya
Hanya sebongkah nisan yang tertulis nama mu
Dan hatiku berkecamuk tak menentu...
tahukah kau?
tiap kali aku pulang ke kg halaman untuk bercuti
taman kenangan kita akan aku datangi
akan aku pergi ke setiap tempat yg kau amat sukai
kau amat menggemari bergambar di sebuah pondok bukan?
aku sering ke sana dan mengimbas celoteh kau ketika itu
Dalam ruangan kosong dan hampa
ingatkah lg engkau pd batu ditaman kenangan kita?
Aku terduduk di batu yang kau duduki itu
Hatiku menahan esak dan tangis
Dan berderai air mata ku jatuh bergelimpangan
Nasuha..
Apakah kau rindukan aku
Seperti aku yang merinduimu disini
Kau selalu menghiasi hari-hariku dengan indah
Kau membuatku menjadi bahagia selalu
Namun mengapa kesedihan ini datang kepadaku
Sahabatku...
Seperti apakah duniamu sekarang?
Apakah jauh lebih indah dari duniamu yang sebelumnya
Aku hanya selalu berdoa kepadamu
Agar kau selalu bahagia dan tenang disana
Dan Tuhan selalu menjagamu dengan baik...
AL-FATEHAH...
oleh itu rakan2 blogger dan pembaca2 fiza sekalian... belajar menghargai apa yg ada pada diri kita sekarang.. sesungguhnya di dunia ini, hidup hanya sekali dan mati juga hanya sekali.. apabila tiba masa nnt, kita akan dihidupkan kembali tp tatkala itu, kita tidak akan mengenali antara satu sama lain.. oleh itu, sama2 kita belajar menghargai supaya kita juga dihargai.. alhamdulillah.. telah banyak yg aku jalani sepanjang 19tahun.. tp, ada banyak lagi yg belum aku pelajari..
sekarang, aku telah menemui beberapa org sahabat yg sentiasa sokong aku waktu aku susah mahupun senang... mereka lah sahabat, kakak, adik, dan mereka lah HOUSEMATE aku yg terbaik.. kepada myra, ogie, ekin, azie, mas, ain, ika, terima kasih sebab sentiasa sokong aku walaupun kadang2 aku nie degil, gila, menyakitkan hati, tp korang tetap sokong aku.. kan? maafkan aku kalau aku banyak berahsia dengan korang, tp aku ada sebab tertentu kenapa aku rahsiakan nya... harap korang tak simpan apa2 perasaan marah, benci, atau apa pun..
kepada adik2 angkat, kwn2 kolej, terima kasih sebab terima aku sebagai kawan korang.. aku tau aku banyak kekurangan.. tp,, sesungguhnya manusia itu tiada yg sempurna kan? tp aku akan berusaha untuk jd kakak, kwn, sahabat yg terbaik.. INSYAALLAH..
p/s : sila tinggalkan komen anda di ruang ---->
no account? [create] <--- just create.. *its free* no conformation email..
sebagai feedback dari korang.. yg baik sy ambil sebagai pujian dan yg kurang baik sy ambil sebagai kritikan membina semangat ..
|